Pada 5 NOV 2025 yang lalu, pihak JOMBANTU telah mengadakan kunjung hormat ke Yayasan Infaq Angkasa. Turut hadir wakil daripada Yayasan tersebut ialah CEO Dr. Azlan dan juga barisan kumpulan beliau dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. Wakil JOMBANTU adalah pengerusi En. Nafis, setiausaha En. Sharul, bendahari En. Haizul dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir menjayakan aktiviti kali ini. . InshaaAllah lawatan ini bertujuan membentangkan cadangan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama pihak Yayasan. Perbincangan tersebut membuka ruang kolaborasi dua hala dalam usaha memperkasa agenda kebajikan melalui pelbagai program yang memberi manfaat kepada masyarakat. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang.