PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA SURAT AT-TAQWA, TAMAN RAIA MESRA

Pada 27 OKT 2025 yang lalu, pihak JOMBANTU telah menghadirkan diri ke Surau At-Taqwa, Taman Raia Mesra dan turut memberi sumbangan yang berjaya dkutip hasil daripada sumbangan orang ramai melalui kempen yang kami jalankan. Turut hadir wakil daripada surau tersebut ialah pengerusi surau dan juga barisan AJK surau dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. Wakil JOMBANTU adalah pengerusi En. Nafis, setiausaha En. Sharul, Juruaudit Dalaman En. Zakwan, beserta AJK-AJK yang lain dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir menjayakan aktiviti kali ini. . Pihak JOMBANTU dan surau tersebut telah menandatangani memorundum persetujuan dimana kami berdua bersetuju untuk bekerjasama dimana surau tersebut membenarkan dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak JOMBANTU untuk melantik kami sebagai “Professional fund-raiser” iaitu wakil yang membantu mencari dan mengumpul dana dari orang ramai seterusnya terus memberi sumbangan ke surau tersebut. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang.