Jom Bersama Mengajak Orang Ramai Berbuat Kebaikan Dengan Bersedekah
“Mari Beramal dan Berganjaran”
JomBantu.org adalah sebuah platform yang menghubungkan antara penganjur kempen dan penyumbang secara atas talian. Platform ini diwujudkan untuk membantu Organisasi/Pertubuhan, NGO, Badan Bukan Komersial serta individu yang memerlukan sumbangan secara mudah, telus dan sistematik.
Trend masa kini, kita melihat pelbagai laman web yang menerima sumbangan yang diiklankan di media sosial. Platform JomBantu.org menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempromosikan kempen-kempen sumbangan. Kami lebih memilih untuk menggunakan khidmat sukarelwan yang khas dilantik oleh kami yang akan membantu mengiklankan kempen-kempen sumbangan kami.
Sehubungan itu, kami ingin melantik Sukarelawan JomBantu.org yang akan membantu mencari sumbangan dana bagi platform JomBantu.org.
Sesiapa juga boleh sertai tidak kira latar belakang kerjaya, agama dan juga bangsa
Kelebihan Sebagai Sukarelawan JomBantu.org
1
Dapat membantu golongan susah yang memerlukan bantuan serta pertolongan.
2
Dapat berbakti kepada Masyarakat dan Agama.
3
Dapat membantu keluarga serta mengubah taraf hidup dengan lebih baik
4
Mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.
5
Mendapat kebaikan di dunia dan juga akhirat.
Pendaftaran Sukarelawan Jombantu.org
*TERMA & SYARAT DI ATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN KESESUAIAN DARI SEMASA KE SEMASA
TERMA DAN SYARAT
Jombantu.org adalah sebuah platform yang dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan dan kemajuan Komuniti Bandar (Kami) juga dikenali sebagai P3KBI. Jombantu.org juga menghubungkan antara penganjur kempen dan penyumbang secara atas talian. Ianya diwujudkan untuk membantu Organisasi/Pertubuhan, NGO, Badan Bukan Komersial serta individu yang memerlukan sumbangan secara telus, mudah dan sistematik tanpa eksploitasi.
Dengan mengunjungi dan menggunakan platform jombantu.org, pengunjung atau pengguna (Anda) memahami dan setuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan.
Sekiranya anda sebagai pengguna laman sesawang tidak bersetuju dengan mana-mana perkara yang dinyatakan di bawah, Anda tidak dibenarkan menggunakan laman sesawang, platform, bahan pemasaran dan apa-apa sahaja asset dari kami.
Kami menyediakan platform untuk pengumpulan sumbangan secara atas talian daripada orang awam (online crowdfunding) kepada pengguna melalui laman sesawang ataupun melalui aplikasi telefon pintar (Mobile Apps) berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh undang-undang Malaysia berkenaan dengan Pengumpulan Sumbangan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Komuniti Bandar Ipoh Perak melalui platform jombantu.org yang telah ditubuhkan.
Berkenaan dengan kebenaran untuk Penyelenggaraan Pengumpulan Sumbangan Kepada jombantu.org untuk pecahan kepada kempen yang berdaftar.
Pihak kami berhak secara mutlak untuk mengubah suai serta menukar sebahagian atau keseluruhan kandungan Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa. Ini bermaksud kami berhak mengubah dari semasa ke semasa melalui persetujuan dari pihak kami. Pihak kami akan memaklumkan kepada pengguna platform segala perubahan yang dilakukan melalui hebahan e-mel, media sosial dan juga melalui platform sumbangan secara terus.
Terma dan Syarat baharu akan di kuatkuasa setelah pihak kami memaklumkan kepada setiap pengguna melalui hebahan di platform, e-mel ataupun sosial media kami. Perubahan yang berlaku ini mungkin disebabkan oleh perubahan undang-undang negara mengikut kesesuaian pengguna.
Pengguna jombantu.org disarankan untuk membaca serta memahami Terma dan Syarat di bawah secara teliti kerana ini akan mempengaruhi hak dan ketentuan sebagai pengguna jombantu.org.
BORANG PERMOHONAN SUKARELAWAN
jombantu.org