PENYERAHAN KATIL HOSPITAL DIBAWAH KEMPEN INFAQ SEWAAN RM1 SEBULAN

Pada 17 OKT 2025 yang lalu, pihak JOMBANTU telah menghadirkan diri ke salah seorang pemohonan bantuan katil hospital kami dan terus menyerahkan katil tersebut yang dibeli baru hasil daripada sumbangan orang ramai melalui kempen kami yang dijalankan. Turut hadir adalah penerima bantuan katil tersebut beserta suami beliau dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. Wakil JOMBANTU adalah pengerusi En. Nafis, setiausaha En. Sharul, AJK En. Zakwan, AJK En. Khairul dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada penyerahan kali ini. . Pihak JOMBANTU dan penerima katil tersebut telah menandatangani persetujuan dimana kami berdua bersetuju untuk menyewa katil tersebut hanya dengan serendah RM1 sahaja sebulan. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang.