SUMBANGAN KEPADA RUMAH ANAK YATIM YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH

Assalamualaikum wbt, mohon bantuan sedikit >>>

InshaaAllah pertubuhan JomBantu akan sponsor majlis berbuka puasa bersama Rumah Anak Yatim Maisarah. Disamping itu, kami juga bercadang ingin memberikan bantuan sumbangan kewangan tunai dan juga sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim tersebut.

Rumah Anak Yatim Maisarah yang terletak di Chemor ini terkini mempunyai 46 orang anak yatim (Selalunya bilangan ini akan bertambah pada bulan puasa). Jumlah sasaran sumbangan tunai yang akan diberikan adalah sebanyak RM2,500 dan majlis berbuka terserbut dijangka akan berlangsung pada 21 MAC 2025 ini bertempat di Rumah Anak Yatim tersebut.

Oleh itu, kami ingin menyeru orang ramai tampil untuk memberikan sumbangan masing-masing bagi menjayakan perancagan ini. Sumbangan anda semua sangatlah diperlukan untuk merealisasikan program yang dirancang ini dan hasil sumbangan anda tersebut akan disalurkan untuk keperluan pelaksanaan program serta menampung kos-kos berikut, iaitu;

1. Menampung Kos Perbelanjaan Pengurusan Petubuhan serta fasiliti Rumah Kebajikan disamping meringankan beban.

2. Menampung Kos perbelanjaan tambahan penghuni yang mengikuti kelas agama serta kelas (tuisyen) tambahan setiap hari.

3. Menampung Perbelanjaan harian seperti makan dan minum serta perbelanjaan persekolahan.
Semoga dengan usaha ini akan dapat meringankan beban pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Maisarah Chemor ini disamping meraikan serta menggembirakan anak-anak yatim serta miskin di bulan yang sangat mulia ini.

Daripada Abu Ummah, Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Riwayat Ahmad)
Insyallah..

Sumbangan boleh dibuat di laman web rasmi:
https://www.jombantu.org/kempen/yayasanamanahannurmaisarah/
atau
558435142414 (Maybank Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Komuniti Bandar) *Penting, sila letak reference “Maisarah”