Soalan-soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu JOMBANTU?
JOMBANTU adalah nama alternatif bagi Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Komuniti Bandar Ipoh Perak (P3KBI), sebuah NGO yang ditubuhkan untuk membantu komuniti yang memerlukan melalui program kebajikan, sumbangan, dan kerjasama strategik.
2. Bilakah JOM BANTU ditubuhkan?
JOMBANTU telah ditubuhkan pada 24 November 2022 dan berdaftar dengan ROS di bawah nombor pendaftaran PPM-015-08-24112022.
3. Apakah objektif utama JOMBANTU?
Antara objektif utama kami ialah:
- Menyediakan bantuan kebajikan tanpa mengira kaum dan agama
- Menjalin kerjasama dengan NGO, agensi kerajaan, dan swasta
- Menjadi platform sumbangan yang telus dan sistematik
- Menggalakkan semangat perpaduan melalui aktiviti kemasyarakatan
4. Bagaimana saya boleh membuat sumbangan kepada JOMBANTU?
Anda boleh menyumbang secara atas talian melalui laman web rasmi kami di www.jombantu.org atau melalui media sosial seperti Facebook dan TikTok. Kami juga menerima sumbangan secara offline melalui pasar malam, kedai makan, dan wakil sukarelawan kami.
5. Siapa yang boleh memohon bantuan melalui JOMBANTU?
Mana-mana individu, keluarga, NGO, pusat tahfiz, rumah anak yatim, atau badan bukan komersial yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kami melalui laman web atau saluran rasmi kami. Semua permohonan akan disemak secara telus dan adil.
6. Apakah jenis bantuan yang ditawarkan oleh JOMBANTU?
Kami menyalurkan bantuan berbentuk kewangan, keperluan asas, program pendidikan, latihan keusahawanan, serta sokongan kepada golongan B40, anak yatim, warga emas, dan pusat kebajikan.
7. Adakah JOM BANTU menjalankan aktiviti secara berkala?
Ya. Kami mengadakan pelbagai program seperti kempen infaq, majlis berbuka puasa, program bantuan pendidikan, serta kempen derma yang berjalan sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
8. Bagaimanakah sumbangan anda digunakan?
Bagi memastikan kelancaran operasi dan kelestarian misi kami, sebanyak 10% daripada jumlah sumbangan yang dikumpul melalui Jombantu.org digunakan untuk menampung kos pengurusan dan operasi. Ini termasuk:
- Bayaran saguhati kepada sukarelawan yang membantu menjalankan kutipan dana secara aktif
- Kos pentadbiran, teknikal, dan logistik bagi memastikan platform kekal berfungsi dengan baik
- Pengurusan kempen serta komunikasi bersama pihak penerima bantuan
Tambahan 10%-20% akan diagihkan kepada sukarelawan yang bertugas dilapangan (JIKA ADA) dan selebihnya, hasil daripada sumbangan disalurkan terus kepada penerima bantuan seperti rumah anak yatim, pusat tahfiz, dan golongan yang memerlukan.
9. Bagaimana JOMBANTU memastikan ketelusan dalam pengurusan dana?
Kami menjalankan kutipan dan penyaluran sumbangan secara sistematik dan terbuka. Semua kutipan dan agihan direkodkan dan laporan akan dikongsikan secara berkala melalui platform rasmi kami.
10. Siapakah yang menerajui JOMBANTU?
JOM BANTU dipengerusikan oleh En. Mohammad Nafis, seorang usahawan muda dan beliau turut dibantu oleh barisan Ahli Jawatankuasa yang komited dan bersemangat tinggi dalam kerja-kerja kebajikan.
11. Adakah JOMBANTU menerima sumbangan melalui JomPAY?
Ya, kami menerima sumbangan melalui JomPAY. Kod Biller (Biller Code) rasmi pertubuhan kami ialah 545954.
Nota Penting: Sila pastikan anda memasukkan kod yang betul sebelum mengesahkan transaksi. Kod ini adalah khusus untuk sumbangan pertubuhan kami sahaja dan bukan untuk bayaran balik pinjaman TEKUN atau pelan insurans. Sila pastikan maklumat pembayaran adalah tepat. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kesulitan yang timbul akibat daripada kesalahan memasukkan kod biller oleh pihak pembayar