Soalan-soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu JOM BANTU?
JOM BANTU adalah nama alternatif bagi Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Komuniti Bandar Ipoh Perak (P3KBI), sebuah NGO yang ditubuhkan untuk membantu komuniti yang memerlukan melalui program kebajikan, sumbangan, dan kerjasama strategik.
2. Bilakah JOM BANTU ditubuhkan?
JOM BANTU telah ditubuhkan pada 24 November 2022 dan berdaftar dengan ROS di bawah nombor pendaftaran PPM-015-08-24112022.
3. Apakah objektif utama JOM BANTU?
Antara objektif utama kami ialah:
- Menyediakan bantuan kebajikan tanpa mengira kaum dan agama
- Menjalin kerjasama dengan NGO, agensi kerajaan, dan swasta
- Menjadi platform sumbangan yang telus dan sistematik
- Menggalakkan semangat perpaduan melalui aktiviti kemasyarakatan
4. Bagaimana saya boleh membuat sumbangan kepada JOM BANTU?
Anda boleh menyumbang secara atas talian melalui laman web rasmi kami di www.jombantu.org atau melalui media sosial seperti Facebook dan TikTok. Kami juga menerima sumbangan secara offline melalui pasar malam, kedai makan, dan wakil sukarelawan kami.
5. Siapa yang boleh memohon bantuan melalui JOM BANTU?
Mana-mana individu, keluarga, NGO, pusat tahfiz, rumah anak yatim, atau badan bukan komersial yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kami melalui laman web atau saluran rasmi kami. Semua permohonan akan disemak secara telus dan adil.
6. Apakah jenis bantuan yang ditawarkan oleh JOM BANTU?
Kami menyalurkan bantuan berbentuk kewangan, keperluan asas, program pendidikan, latihan keusahawanan, serta sokongan kepada golongan B40, anak yatim, warga emas, dan pusat kebajikan.
7. Adakah JOM BANTU menjalankan aktiviti secara berkala?
Ya. Kami mengadakan pelbagai program seperti kempen infaq, majlis berbuka puasa, program bantuan pendidikan, serta kempen derma yang berjalan sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
8. Bagaimanakah sumbangan anda digunakan?
Bagi memastikan kelancaran operasi dan kelestarian misi kami, sebanyak 30% daripada jumlah sumbangan yang dikumpul melalui Jombantu.org digunakan untuk menampung kos pengurusan dan operasi. Ini termasuk:
- Bayaran saguhati kepada sukarelawan yang membantu menjalankan kutipan dana secara aktif
- Kos pentadbiran, teknikal, dan logistik bagi memastikan platform kekal berfungsi dengan baik
- Pengurusan kempen serta komunikasi bersama pihak penerima bantuan
Selebihnya, 70% daripada sumbangan disalurkan terus kepada penerima bantuan seperti rumah anak yatim, pusat tahfiz, dan golongan yang memerlukan.
9. Bagaimana JOM BANTU memastikan ketelusan dalam pengurusan dana?
Kami menjalankan kutipan dan penyaluran sumbangan secara sistematik dan terbuka. Semua kutipan dan agihan direkodkan dan laporan akan dikongsikan secara berkala melalui platform rasmi kami.
10. Siapakah yang menerajui JOM BANTU?
JOM BANTU dipengerusikan oleh En. Mohammad Nafis, seorang usahawan muda dari Ipoh. Beliau dibantu oleh barisan Ahli Jawatankuasa yang komited dan bersemangat tinggi dalam kerja-kerja kebajikan.