Pada 27 OKT 2024 yang lalu, pihak JOMBANTU telah membuat lawatan ke tapak pembinaan Masjid Riyadhus Solihin, Desa Lang Indah dan berjumpa dengan pengerusi masjid tersebut Tuan Haji Nik dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Berjumpa dengan beliau adalah pengerusi JOMBANTU En. Nafis, AJK En. Hanif dan AJK En. Zakwan dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada lawatan kali ini. Pihak JOMBANTU dan Masjid telah menandatangani memorundum persefahaman dimana kami berdua bersetuju untuk bekerjasama dimana Masjid membenarkan dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak JOMBANTU untuk menjadi wakil yang membantu mencari dan mengumpul dana dari orang ramai seterusnya memberi kan sumbangan tersebut terus ke Masjid Riyadhus Solihin. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah. #JomBantu #NGO Segala sumbangan boleh lah melalui akaun bank tersebut >>> transfer/bank in ke 558435142414 (Maybank Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Komuniti Bandar) *Penting, sila letak reference “MasjidSolihin”