LAWATAN KE PUSAT JAGAAN HARAPAN BARU WARGA EMAS

Pada 5 JULY 2024 yang lalu, pihak JOMBANTU telah membuat lawatan ke Pusat Jagaan Harapan Baru Warga Emas, Tasek dan berjumpa dengan pengasas iaitu pusat jagaan tersebut dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Berjumpa dengan beliau adalah pengerusi JOMBANTU En. Nafis dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada lawatan kali ini. Pusat jagaan dikelola oleh pasangan suami isteri yang telah berkecimpung dalam bidang jariah bermula dengan rumah anak yatim dan kini pusat jagaan warga emas. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO