Tabung sumbangan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah

Assalamualaikum WBT. Rumah Anak Yatim dan Miskin Amanah An-Nur Maisarah memerlukan bantuan dan tuan/puan sekalian.

Rumah anak yatim yang tereletak di Chemor ini telah beroperasi selama 20 tahun dan telah menerima ramai anak-anak yatim tak kira usia sekecil bayi sehinggalah yang sudah dewasa remaja. Dengan murid-murid yang ramai, kos perbelanjaan bulanan adalah sangat tinggi dan mempunyai masalah kenderaan yang sangat besar. Dengan berbekalkan 2 van uzur yang sudah berusia lebih dari 30 tahun, kos penyelanggaarn bulanan sahaja kadang-kala mencecah harga van yang baru kerana kerap kali masuk bengkel van tersebut. Dengan van kecil tersebut dan ramai murid-muridnya amatlah sukar dan kurang selesa untuk mereka bergerak kemana-mana

Oleh itu, jika anda seorang individu, atau wakil badan kerajaan atau swasta, yang sudi bekerjasama dan membantu kami secara ikhlas hati, amatlah kami alu-alukan dan kami dahulukan dengan mengucapkan ribuan terima kasih! Segala sumbangan anda akan digunakan sebaik mungkin untuk tujuan menampung kos-kos perbelanjaan pengurusan dan untuk meringankan beban mereka yang terlibat, menampung juga perbelanjaan harian seperti makan minum dan juga perbelanjaan sekolah, dan juga kos untuk membeli van yang lebih selesa untuk anak-anak yatim tersebut.

Semoga dengan usaha ini akan dapat meringankan beban pihak pengurusan Rumah Anak Yatim An-Nur Maisarah ini disamping itu menggembirakan anak-anak yatim serta miskin di rumah tersebut.

“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya” (Riwayat Muslim)

Jom bantu mereka!
Sedikit sumbangan anda membawa erti besar buat mereka

RM6,639.00 of RM100,000.00