Teratak Nagji Nusantara, yang terletak di Kg Sri Kinta (Berdekatan Masjid Jamek Ad-Dinniah) ditubuhkan oleh Ustaz Syafiq, dengan tujuan yang sangat mulia, untuk memastikan anak-anak kita mahir dalam pengajian Al-Quran dengan yuran yang sangat MURAH! Sehingga kini Teratak Ngaji Nusantara boleh memuatkan sehingga 60 pelajar dalam suatu masa.
.
Namun malangnya, ada beberapa ibu-bapa yang kurang kemampuan kadang-kala terlepas yuran bulananya, menyebabkan Teratak Ngaji Tersebut mempunyai beberapa isu terhadap kewangan. Sehinggakan rumah yang disewa untuk mengajar mengaji kini sudah tertunggak 4 bulan. Tenaga pengajar yang dahulunya ada 4 orang, kini tinggal 2 orang kerana terpaksa mengurangkan saiz operasi. Tetapi walaupun begitu, Ustaz Syafiq tetap semangat dan ikhlas mengajar dengan PERCUMA!
.
Oleh itu, kami bersama-sama Teratak Ngaji Nusantara dengan rendah dirinya, memohon jasa baik tuan/puan untuk sama-sama membantu kelas mengaji kami. Dengan dana yang kami ada sememangnya tidak mencukupi kerana kos operasi bulanan sahaja mencecah RM5,000.00. Kami amat menghargai jika tuan/puan sudi menyumbang buat Teratak kelas mengaji kami. Segala sumbangan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga, dan moga setiap kali pelajar kami membaca Al-Quran, setiap huruf itu akan menjadi bekalan pahala dan amal jariah buat para penyumbang, dan jika pelajar itu kemudian pula menurunkan ilmu membaca Al-Quran pada suatu hari nanti, InshaaAllah bergandalah pahala para penyumbang, aamiin.
.
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya” (Surah al-Baqarah: 261)
Tabung sumbangan Teratak Ngaji Nusantara Kg Sri Kinta
Jom bantu mereka!
Sedikit sumbangan anda membawa erti besar buat mereka
RM610.00 of RM5,000.00