Tabung Sumbangan Surau At-Taqwa Taman Raia Mesra

Assalamualaikum wbt. Surau At-Taqwa merupakan surau kecil yang terletak didalam Taman Raia Mesra. Ditubuhkan pada tahun 2011, surau ini dapat memuatkan 90 jemaah dalam satu masa dan walaupun kecil, Alhamdulillah surau tersebut banyak berjasa untuk komuniti setempat. Namun surau tersebut sudah agak lama dan sedikit uzur. Tandasnya tidak dalam keadaan baik dan buat masa sekarang, tandasnya semua adalah tandas cangkung. Ada jemaah berusia yang tidak mampu untuk bercangkung telah bersuara memerlukan tandas duduk baru yang lebih selesa, luas dan bersih. Oleh kerana surau ini agak tersorok dikawasan tersebut, jadi ramai orang luar tidak tahu berkenaan surau tersebut menyebabkan tabung surau tersebut bergerak sangat perlahan. Oleh itu, surau tersebut memerlukan bantuan dan jasa baik tuan/puan, sekiranya mempunyai rezeki lebih yang boleh dikongsikan, amatlah dialu-alukan.

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
(Surah Ali-Imran: 92)

BILLER CODE: 545954

REF-1: TAQWA0

Jom bantu mereka!
Sedikit sumbangan anda membawa erti besar buat mereka

RM1,695.50 of RM30,000.00