Tabung sumbangan Pusat Kaunseling (SSEV Training & Consultancy)

Pusat kaunseling oleh SSEV Training & Consultancy yang terletak di Kuala Kangsar dipengerusikan oleh Tuan Amir Shariffuddin, M Ed. KB.PA yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang kaunseling, dan beliau turut dibantua oleh golongan-golongan professional dan bekas penagih dadah. Dengan tujuan yang amat mulia, mereka ingin membantu golongan kurang berkemampuan yang mempunyai masalah dadah dan masalah kesihatan mental. Gabungan mereka ini telah terbukti berkesan dalam konteks rawatan dan pemulihan penagih dadah dan individu yang mempunyai masalah kesihtan mental.

Zaman dahulu di Malaysia, pusat kaunseling seperti ini kurang mendapat sambutan berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat yang telah terbukti dengan kaedah kaunseling dan terapi telah berjaya memulihkan ramai individu yang mempunyai masalah dadah atau kesihatan mental. Salah satu faktor yang menyumbang perkara tersebut adalah kerana ramai masyarakat kita kurang diberi pendedahan dan meganggap penagih dadah adalah penjenayah dan bukan “pesakit” yang boleh dipulih. Namun kini Alhamdulillah, masyarakat telah mula sedar betapa pentingnya khidmat kaunseling bagi menangani isu-isu kesihatan mental dan masalah penagih dadah.

Malangnya sejak pandemik yang lalu dan dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil sekarang, pusat kaunseling ini juga tidak terkecuali menghadapi isu dan masalah kewangan untuk mentadbir pusat kaunseling tersebut. kos-kos penyelanggaran dan tenaga pengajar sahaja mencecah RM100,000. Dengn bilangan individu yang memerlukan bantuan kaunseling makin meningkat, pusat tersebut perlu dinaiktaraf dan kos untuk menaiktaraf dorm pusat tersebut untuk memuatkan 40 orang pesakit adalah sebanyak RM75,000 dan penambahan alat fasiliti pula adalah sebanyak RM30,000

Untuk membantu pesakit-pesakit tersebut, pusat kaunseling mengalami kesukaran untuk menanggung kos-kos wajib bulanan. Jika keadaan ini berterusan, ianya dapat menjejaskan masyarakat umum dan pesakit itu sendiri. Oleh itu, kami dengan rendah diri ingin memohon bantuan dan jasa baik tuan/puan, untuk memberi sumbangan secara ikhlas hati supaya dapat membantu pesakit-pesakit tersebut. Segala sumbangan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih dan InshaaAllah dengan bantuan tuan/puan serba sedikit, lebih ramai pesakit yang menghadapi masalah dadah dan masalah kesihatan mental pulih sepenuhnya hasil dari sumbangan tuan/puan. Aamiin

Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya: Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita pelacur mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil pengajaran lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.” (HR Bukhari & Muslim)

Jom bantu mereka!
Sedikit sumbangan anda membawa erti besar buat mereka

RM120.00 of RM10,000.00