Pertubuhan Inspirasi Wadah Wanita & Masyarakat atau lebih dikenali sebagai PEWANITA yang ditubuhkan pada tahun 2021 merupakan sebuah NGO yang berperanan dalam membantu kebajikan wanita. Antara bantuan yang disalurkan termasuk penyediaan keperluan asas seperti makanan dan barangan keperluan lain bagi memastikan kesejahteraan golongan wanita yang memerlukan. PEWANITA berusaha untuk menjadi sokongan kepada wanita dalam kesusahan, khususnya mereka yang menghadapi cabaran dari segi kewangan dan kehidupan harian.
PEWANITA yang aktif bergerak secara berdikari bersama-sama komuniti setempat dan terkini, mereka mempunyai misi yang sangat mulia, iaitu untuk menaja sepenuhnya golongan wanita B40 yang berkelayakan untuk ke tanah suci Makkah.
Semua bantuan yang diberikan sudah semestinya menelan belanja yang agak besar. Oleh itu, bagi memperluaskan lagi misi dan bantuan yang mulia ini kepada lebih ramai wanita yang memerlukan, PEWANITA amat mengalu-alukan sumbangan daripada individu dan pihak yang prihatin. Setiap sumbangan walaupun kecil, amat bermakna dalam usaha mereka untuk terus membantu dan meningkatkan kesejahteraan wanita di dalam masyarakat.
“Layanlah perempuan dengan cara terbaik. Sesungguhnya perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk dan paling bengkok sekali di bahagian pertama, sekiranya kamu cuba meluruskannya, ia akan patah dan sekiranya kamu biarkannya ia akan kekal bengkok. Maka layanlah mereka dengan cara terbaik.” (HR Bukhari)