Tabung Sumbangan PPDK Nur Hikmah Lempor

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Nur Hikmah yang terletak di Kg Lempor, Manong diketuai oleh Puan Nora dengan tujuan yang amat mulia, iaitu membantu komunti Orang Kurang Upaya (OKU) di komuniti setempat beliau. Ditubuhkan pada tahun 2018, terkini mempunyai 18 orang pelajar OKU dengan purata umur 20 tahun dan kebanyakan pelajar tersebut mempunyai autisim.

Tempat tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Nora dan kebanyakan penyelangaraan adalah dikeluarkan dari poket beliau sendiri. Membantu beliau adalah hanya seorang penyelia dan 3 orang guru dan kadang-kala komuniti setempat juga ada serba sedikit memberi bantuan dari segi tenaga dan kewangan.

Untuk memberikan pelajar OKU tersebut tempat ruangan yang lebih luas dan selesa, beliau telah membelanjakan lebih kurang RM50,000 untuk kos-kos penambahbaikkan tempat tersebut. Sehingga kini, tempat tersebut hampir 50% siap dan kini tergendala kerana masih memerlukan wang sebanyak RM50,ooo untuk menyiapkan tempat tersebut

Oleh itu, jika tuan/puan mempunyai rezeki lebih untuk membantu dari segi kewangan, supaya pelajar OKU dipermudahkan urusan pembelajaran mereka, amatlah mereka hargai. Semoga dengan sumbangan tuan/puan ini, akan sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. aamiin…

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa paras dan luaran kamu sebaliknya melihat kepada hati dan amalan kamu.” (Riwayat Muslim).

Jom bantu mereka!
Sedikit sumbangan anda membawa erti besar buat mereka

RM74.00 of RM50,000.00