Madrasatul Quran Al Muqorrobin adalah sebuah sekolah tahfiz yang terletak di Batu gajah dan menempatkan seramai 20 orang pelajar. Ianya berasal dari sebuah masjid lama yang telah uzur dan hampir roboh dan kini ianya diambil alih oleh pengasas sekolah tahfiz tersebut iaitu Ustaz Mokhtar atas matlamat yang sangat murni iaitu untuk memastikan anak-anak kita mahir dalam pengajian Al-Quran, maka dengan itu wujudlah sebuah sekolah Tahfiz yang Alhamdulillah kini teguh dan kuat setelah dilakukan beberapa penyelanggaran.
Namun sejak pandemik yang lalu, pusat tahfiz kini mempunyai masalah kewangan. kawasan dapur dan tandas untuk pelajar tersebut masih belum diselenggara sepenuhnya dan kini kondisinya agak krtikal. Atap juga ada yang bocor dan saluran longkang juga tidak berapa baik. Bil api dan air telah tertunggak lebih kurang 8 bulan dan kos keseluruhan tunggakan bil melebihi RM8,000. Ini menyebabkan pelajar tahfiz tersebut dalam keadaan kurang selesa dan munkin menghadapi masalah untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran
Oleh itu, sekolah tahfiz ini memerlukan sedikit jasa baik dan bantuan tuan/puan sekalian. Jika tuan/puan ada rezeki lebih dan sudi untuk menyumbang dan berkongsi supaya memudahkan urusan pelajar tahfiz tersebut, amatlah mereka hargai. Semoga dengan bantuan dan sumbangan tuan/puan, tuan/puan sentiasa dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. InshaaAllah, setiap pelajar tahfiz yang membaca dan menghafal Al-Quran, semoga setiap ayatnya menjadi bekalan pahala dan amal jariah buat semua para penyumbang yang memberi bantuan sekolah tahfiz ini. Aamiin.
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah)