“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).
Assalamualikum WBT, berdasarkan hadis diatas, wujudlah Ma’ahad Ad-Deeniah yang terletak di Meru yang diasaskan oleh Ustaz Hj. Mohamad Farid. Dengan objektif menjadikan anak-anak murid beliau menjadi manusia yang memberi manfaat pada orang lain selain menjadi Tahfiz Al-Quran.
Sekolah beliau menggunakan konsep PBL (Project based learning) iaitu program pendidikan berasaskan projek. Dengan program tersebut, selain mereka mempelajari Al-Quran, pelajar juga didedahkan dengan kemahiran untuk menjayakan program-program tertentu dan melalui program tersebut, mereka harus membuat kajian, menjalankan dan memimpin program tersebut sehingga ianya berjaya. Antara program-program yang dijalankan adalah program membuat bubur asyura, ataupun lawatan sambil belajar ketempat-tempat yang penuh dengan budaya Islam dan banyak lagi program yang dirancang setiap tahun.
Namun, program-program tahunan tersebut sudah pasti memerlukan dana yang agak tinggi. Dengan perbelanjaan bulanan Maahad yang sedia ada, ianya sudah pasti agak sukar bagi Maahad untuk menanggung seluruh program tersebut.
Oleh itu, kami memerlukan bantuan anda semua di Maahad Ad-Deeniah. Jika tuan/puan mempunyai rezeki lebih dan sudi membantu secara ikhlas, jom bantu Maahad kami dengan menyumbang semampu yang boleh. Segala sumbangan anda amatlah kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingganya. Semoga dengan sedekah ini. akan menjadi bekalan pahala dan amal jariah buat semua yang membantu kami
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(Surah Ali Imran: 92)