Setiap orang ada masalah masing-masing. Ada yang mempunyai masalah rumahtangga ataupun ditmpa pelbagai bencana. Bagi yang mempunyai masalah kewangan, sering kali mereka mencuba pelbagai cara untuk membuka pintu rezeki. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. Salah satu cara adalah melalui perniagaan. Perniagaan mempunyai risiko tersendiri dan jika salah caranya, kemungkinan untuk rugi adalah amat tinggi.
Maka dengan itu, kami ada menyediakan bengkel perniagaan untuk individu yang memerlukanya, dimana kami akan mengajar anda teknik-teknik perniagaan secara teori dan praktikal. Program bengkel perniagaan kami ini disediakan secara “PERCUMA SEPENUHNYA” tanpa bantuan daripaada mana-mana pihak yang lain. Kami berharap kepada sumbangan dan bantuan orang ramai yang sudi menyumbang secara ikhlas untuk melihat anak muda kita berjaya dalam perniagaan.
Oleh itu, jika anda mempunyai rezeki lebih, dan ingin bantu mereka mengubah nasib mereka melalui perniagaan, amatlah kami semua hargai. Dengan adanya segala sumbangan dan bantuan anda, kami akan doakan anda sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan juga sihat tubuh badan sentiasa. Aamiin.
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”
(Riwayat Muslim (2699))