Rumah anak yatim Vision Home yang terletak di Lahat ini ditubuhkan pada 2004 dan sehingga kini memuatkan seramai 30 orang anak yatim.
Rumah ini dijalankan sepenuhnya oleh pengasas dan dibantu oleh AJK beliau. Mereka cuma mengharapkan bantuan dari orang ramai dan juga mengeluarkan poket senidiri untuk menguruskan rumah anak yatim tersebut tanpa menerima mana-mana bantuan agensi kerajaan mahupun swasta. Sejak pandemik yang lalu, Rumah Anak Yatim Vision Home tidak terkecuali menghadapi masalah kewangan. Kadang kala mereka kekurangan dana untuk perkara asas seperti makan dan minum anak-anak yatim sehingga pernah kehabisan bahan mentah dan tidak mampu untuk membeli barangan seperti cili, kentang, bawang, biskut dan sebagainya. Terkini, mereka juga memerlukan dana dengan tujuan membeli van yang baru, ini kerana van sedia ada mereka agak uzur dan mereka pernah dalam perjalanan ke Tanjung Malim untuk sertai program kerajaan namun terpaksa dibatalkan kerana van pula rosak ditengah lebuh raya Tapah. Alhamdulillah anak-anak yatim tersebut pulang dengan selamat namun begitu situasi seperti ini meletakkan mereka dalam bahaya dan risiko yang tidak dijangka.
Oleh itu, jika tuan/puan mempunyai rezeki lebih dan untuk membuat sumbangan supaya memduahkan urusan anak-anak yatim tersebut, amatlah mereka hargai. Anak-anak yatim tersebut dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih dan semoga segala jenis sumbangan yang pihak tuan/puan dermakan, Allah SWT akan membalas jasa baik dengan memurahkan rezeki tuan/puan berlipat ganda. Aamiin.
“Allah SWT tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” Surah al-Mumtahanah: 8