Assalamualaikum WBT, Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman memohon jasa baik dan bantuan anda semua!
Rumah anak yatim yang terletak di Manjoi ini boleh memuatkan seramai 25 orang individu dan mereka juga menjalankan aktiviti memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan kepada anak anak yatim dan miskin secara percuma. Ianya juga ditadbir oleh satu jemaah jawatankuasa yang di anggotai oleh bekas penghuni Rumah Nurul Iman
Namun sejak pandemik yang berlaku pada tahun 2019, rumah anak yatim ini diduga pelbagai halangan dan cabaran apabila rumah yang di sewa untuk penempatan anak yatim kini dinaikkan 10% dan sehingga kini, sewa nya masih dinaikkan setiap tahun sebanyak 10% . Kini jumlah sewa yang perlu dibayar adalah sebanyak RM11,188.20!
Oleh itu kami meminta jasa baik dan kerjasama pihak tuan/puan yang sudi membantu kami, jika tuan/puan mempunyai rezeki lebih yang ingin dikongsikan untuk memudahkan urusan anak-anak yatim di tempat kami, sumbanglah mengikut kemampuan dan seikhlas hati
“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?(12)(Di antaranya bagi orang yang mampu) ialah memerdekakan hamba sahaya;(13) atau memberi makan pada hari kelaparan-(14)kepada anak yatim dari kaum kerabat.(15)”