As salam / salam sejahtera. Rumah Anak Yatim Kasih Sayang yang terletak di Ampang ini adalah sebuah rumah anak yatim yang telah beroperasi lebih dari 8 tahun dan kini mempunyai 15 orang kanak-kanak berusia dari umur 1 tahun hingga ke 17 tahun. Bersama Kak Mary, iaitu pengasasnya adalah seramai 3 orang pembantu beliau yang bertungkus lumus dari segi membesarkan dan mendidik anak-anak yatim tersebut dan juga pengurusan rumah tersebut.
Namun sejak pandemik yang lalu, rumah anak yatim tersebut tidak terkecuali menghadapi masalah kewangan. Terkini, salah satu masalah kewangan mereka adalah rumah sewa tersebut yang diankkan terlalu tinggi oleh tuan rumah iaitu sebanyak RM1,500 sekaligus menyebabkan pihak pengurusan mempunyai masalah untuk memastikan kelengkapan anak-anak yatim tersebut cukup dari sudut makan-minum dan pakaian mereka. Pihak pengurusan kini tertunggak sewanya sebanyak 4 bulan dan tuan rumah telah menawarkan untuk mereka membeli rumah tersebut, namun harganya kurang masuk akal iaitu mencecah RM800,000 untuk rumah yang kecil dan sempit.
Jadi kami ingin memohon bantuan dan jasa baik tuan/puan sekalian, sekiranya tuan/puan ada rezeki lebih dan sudi membantu untuk memudahkan urusan anak-anak yatim tersebut, amatlah mereka hargai, dan segala jenis sumbangan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan/puan sekalian.
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. Surah Al-Baqarah, ayat 272