PENYERAHAN SUMBANGAN RUMAH ANAK YATIM YAYASAN AN-NUR MAISARAH

Pada 28 NOV 2025 yang lalu, pihak JOMBANTU telah menghadirkan diri ke Rumah Anak Yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah dan turut memberi sumbangan yang berjaya dkutip hasil daripada sumbangan orang ramai melalui kempen yang kami jalankan. Turut hadir wakil daripada ruma anak yatim tersebut ialah pengerusi dan juga barisan AJK mereka dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. Wakil JOMBANTU adalah pengerusi En. Nafis, setiausaha En. Sharul, bendahari En. Haizul, beserta AJK-AJK yang lain dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir menjayakan aktiviti kali ini. . Untuk menjayakan kempen ini, pihak JOMBANTU dan rumah anak yatim tersebut sebelum ini telah menandatangani memorundum persetujuan dimana kami berdua bersetuju untuk bekerjasama dimana surau tersebut membenarkan dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak JOMBANTU untuk melantik kami sebagai “Professional fund-raiser” iaitu wakil yang membantu mencari dan mengumpul dana dari orang ramai seterusnya terus memberi sumbangan ke rumah anak yatim tersebut. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang.