PENYERAHAN SUMBANGAN TERATAK NGAJI NUSANTARA

Pada 21 NOVEMBER 2024 yang lalu, pihak JOMBANTU telah menghadirkan diri ke Teratak Ngaji Nusantara di Kg Sri Kinta dan turut memberi sumbangan yang berjaya dkutip hasil daripada sumbangan orang ramai melalui kempen kami yang dijalankan. Turut hadir wakil daripada rumah anak yatim tersebut ialah Pengasas pusat mengaji tersebut tersebut Ustaz Syafiq dan turut serta tenaga pengajar beliau dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya.

Wakil JOMBANTU adalah pengerusi En. Nafis, setiausaha En. Sharul, bendahari En. Haizul, dan AJK En. Hanif dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain.

Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada majlis kali ini. Pihak JOMBANTU dan pusat mengaji tersebut telah menandatangani memorundum persetujuan dimana kami berdua bersetuju untuk bekerjasama dimana pusat mengaji tersebut membenarkan dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak JOMBANTU untuk menjadi “Professional fund-raiser” iaitu wakil yang membantu mencari dan mengumpul dana dari orang ramai seterusnya memberi kan sumbangan tersebut terus ke rumah anak yatim tersebut.

Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO