PENYERAHAN SUMBANGAN RUMAH ANAK YATIM NURUL IMAN MANJOI

Pada 17 DISEMBER 2024 yang lalu, pihak JOMBANTU telah menghadirkan diri ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman Manjoi dan turut memberi sumbangan yang berjaya dkutip hasil daripada sumbangan orang ramai melalui kempen kami yang dijalankan. Turut hadir wakil daripada rumah anak yatim tersebut ialah Setiausaha Rumah Anak Yatim dan turut serta beberapa staf disana dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya.

Wakil JOMBANTU adalah pengerusi En. Nafis, setiausaha En. Sharul, Juruaudit Dalaman En. Zakwan, AJK Cik. Mawar dan Cik. Nurain dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain.

Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada majlis kali ini. Pihak JOMBANTU dan rumah anak yatim tersebut telah menandatangani memorundum persetujuan dimana kami berdua bersetuju untuk bekerjasama dimana rumah anak yatim tersebut membenarkan dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak JOMBANTU untuk menjadi “Professional fund-raiser” iaitu wakil yang membantu mencari dan mengumpul dana dari orang ramai seterusnya memberi kan sumbangan tersebut terus ke rumah anak yatim tersebut. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini.

JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO