Pada 9 OGOS 2024 yang lalu, pihak JOMBANTU telah menghadirkan diri ke Ma’ahad Ad-Deeniah dan turut memberi sumbangan yang berjaya dkutip hasil daripada sumbangan orang ramai melalui kempen kami yang dijalankan. Turut hadir wakil daripada rumah anak yatim tersebut ialah Pengasas Ma’ahad tersebut Ustaz Haji Mohamad Farid dan bersama juga Ustaz-ustaz beliau dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. Wakil JOMBANTU adalah pengerusi En. Nafis, setiausaha En. Sharul, Juruaudit dalaman En. Mad, AJK En. Hanif dan sukarelawan En. Aiman dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada majlis kali ini. Pihak JOMBANTU dan Ma’ahad telah menandatangani memorundum persetujuan dimana kami berdua bersetuju untuk bekerjasama dimana Ma’ahad membenarkan dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak JOMBANTU untuk menjadi “Professional fund-raiser” iaitu wakil yang membantu mencari dan mengumpul dana dari orang ramai seterusnya memberi kan sumbangan tersebut terus ke Ma’ahad Ad-Deeniah. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO
