Tabung sumbangan untuk pesakit “kaki gajah” Padang Rengas

En Shahrul Anuar berusia 47 tahun adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Beliau berasal dari Kampung Buaia, Padang Rengas Perak.

Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan ekoran menghidap penyakit menyerupai ‘kaki gajah’ amat membataskan pergerakan Shahrul Anuar Halimi, 47.

Bengkak pada kaki kanannya kerana kerosakan salur limfa, menyebabkan kaki tersebut membesar sehingga melebihi 100 kilogram (kg), sekali gus menyebabkan bapa kepada dua anak itu hanya mampu terlantar dan sukar menguruskan diri.

Meskipun telah 21 tahun menderita penyakit tersebut, Shahrul Anuar sama sekali tidak pernah berputus harap untuk kembali berjalan seperti manusia normal lain. Malah, impiannya itu bagaikan menjadi kenyataan apabila terbaca kejayaan pembedahan pesakit yang mengalami penyakit serupa di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Alhamdulillah, pada 5hb Jun 2023 yang lalu beliau telah dimasukkan ke dalam wad hospital swasta tersebut dan telah berjaya menjalani pembedahan membuang sebahagian besar ‘kaki gajah’ beliau dengan kos perbedahan sebanyak lebih RM80,000 di mana kos tersebut telah diperolehi hasil sumbangan daripada orang ramai serta jiran-jiran yang sudi membantu beliau.

Setelah menjalani rawatan selama 47 hari di hospital, beliau kini telah dibenarkan pulang ke rumah dan menjalani rawatan susulan dari semasa ke semasa serta perlu mencuci luka pada bahagian kaki beliau setiap hari dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM720 sebulan.

Kini setelah beberapa bulan pembedahan itu, beliau masih tidak dapat menjalani kehidupan normal namun terpaksa duduk di kerusi roda serta masih belum mampu bekerja untuk mencari pendapatan bagi menampung kos-kos perubatan serta sara hidup.

Ujian dilalui oleh Shahrul Anuar sangat berat kerana isteri beliau, Intanursyima Abd Halim, 47, juga adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disebabkan beberapa penyakit termasuk penyakit kencing manis kronik, hypertension , angin ahmar selain kedua-dua anak mereka, Muhammad Hakimie, 22, dan Nurul Fatihah, 22, juga OKU.

Muhammad Hakimie yang mengidap cerebral palsy sejak lahir memerlukan perbelanjaan kira-kira RM500 sebulan bagi lampin pakai buang, susu, dan tisu basah serta turut memerlukan perhatian penuh untuk menjaganya manakala Nurul Fatihah OKU masalah pembelajaran.

Oleh itu kami meminta jasa baik dan kerjasama pihak tuan/puan yang sudi membantu En Shahrul Anuar, jika tuan/puan mempunyai rezeki lebih yang ingin dikongsikan untuk meringankan beliau sumbanglah mengikut kemampuan dan seikhlas hati.

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

(Surah Ali Imran: 92)

Jom bantu mereka!
Sedikit sumbangan anda membawa erti besar buat mereka

RM195.00 of RM5,000.00