PROGRAM INTRODUCTION JOMBANTU

Pada 9 SEPT 2023 yang lalu, telah berlangsungnya Program Introduction buat pertama kalinya dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Ianya dimulakan dengan pembuka bicara oleh pengerusi JOMBANTU En. Nafis dan program tersebut seterusnya dikendalikan oleh Setiausaha En Sharul Baha. Ini adalah Program Introduction kali pertama yang pihak JOMBANTU adakan dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Seramai 6 orang yang hadir untuk mendengar pembentangan Program Introduction JOMBANTU. Peserta yang hadir ini adalah sangat komited serta berjaya menunjukkan semangat bepersatuan yang tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada seluruh peserta yang telah hadir pada Program Introductoin yang diadakan kali ini dan bersemangat untuk memajukan NGO kebajikan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kita kali ini di dalam usaha menjayakan misi & visi NGO ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO