PERJUMPAAN DAN TANDATANGAN MOU BERSAMA SURAU AT-TAQWA

Pada 26 FEB 2025 yang lalu, pihak JOMBANTU telah berjumpa dengan AJK Surau At-Taqwa Taman Raia Mesra dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Berjumpa dengan beliau adalah pengerusi JOMBANTU En. Nafis beserta AJK En. Khairul dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada lawatan kali ini. Pihak JOMBANTU dan surau telah menandatangani memorundum persetujuan dimana kami berdua bersetuju untuk bekerjasama dimana surau membenarkan dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak JOMBANTU untuk menjadi wakil yang membantu mencari dan mengumpul dana dari orang ramai seterusnya memberi kan sumbangan tersebut terus ke surau. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO