MOU BERSAMA PERTUBUHAN INSPIRASI WADAH WANITA DAN MASYARAKAT IPOH

Pada 7 MAC 2025 yang lalu, pihak JOMBANTU telah berjumpa dengan AJK Pertubuhan Inspirasi Wadah Wanita dan Masyarakat Ipoh Perak (PEWANITA) dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Berjumpa dengan beliau adalah pengerusi JOMBANTU En. Nafis dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada lawatan kali ini. Pihak JOMBANTU dan PEWANITA telah menandatangani memorundum persetujuan dimana kami berdua bersetuju untuk bekerjasama dimana pertubuhan tersebut membenarkan dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak JOMBANTU untuk menjadi wakil yang membantu mencari dan mengumpul dana dari orang ramai seterusnya memberi kan sumbangan terus ke pertubuhan tersebut. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO