Pada 8 OKT 2023 yang lalu, telah berlangsungnya mesyuarat AJK kali pertama dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Mempengerusikan mesyuarat ini adalah En. Nafis selaku pengerusi JOMBANTU dan turut dihadiri oleh Setiausaha En Sharul Baha, En Mohamad Haizul Fakarudin selaku Bendahari serta Ahli Jawatankuasa Induk yang lain. Ini adalah Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kali kedua untuk tahun 2023 dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Pelbagai agenda dan isu-isu semasa serta perkara berbangkit telah dibincangkan oleh seluruh Ahli Jawatankuasa yang mana akhirnya telah berjaya mencapai kata sepakat bagi agenda yang dibentangkan. Barisan Ahli Jawatankuasa JOMBANTU yang beresyuarat ini adalah sangat komited serta berjaya menunjukkan semangat bepersatuan yang tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang telah hadir pada mesyuarat yang diadakan ini dan bersemangat untuk memajukan NGO kebajikan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Jawatankuasa ini di dalam usaha menjayakan misi & visi NGO ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO
