MAJLIS IFTAR DAN PEMBERIAN SUMBANGAN RUMAH ANAK YATIM NURUL IMAN

Pada 6 APRIL 2024 yang lalu, pihak JOMBANTU telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Pusat jagaan anak yatim dan miskin Nurul Iman Manjoi dan turut memberi sumbangan yang berjaya dkutip hasil daripada sumbangan orang ramai melalui kempen kami yang dijalankan. Turut hadir wakil daripada rumah anak yatim tersebut ialah YDP iaitu Puan Nazlyn Noorain, Naib YDP En. Azad Ashraf, Pn. Nurazilah Ahmad Mazlan dan juga staf-staf rumah ana yatim tersebut dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. Wakil JOMBANTU adalah pengerusi En. Nafis, setiausaha En. Sharul, bendahari En. Haizul dan AJK yang lain dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada majlis kali ini. Rumah anak yatim yang terletak di Manjoi ini boleh memuatkan seramai 20 orang individu dan mereka juga menjalankan aktiviti memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan kepada anak anak yatim dan miskin secara percuma. Ianya juga ditadbir oleh satu jemaah jawatankuasa yang di anggotai oleh bekas penghuni Rumah Nurul Iman. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO