Pada 13 DEC 2023 yang lalu, pihak JOMBANTU telah membuat lawatan ke Yayasan Amanah An-Nur Maisarah dan berjumpa dengan pengasasnya iaitu Dr Fadzillah juga lebih dikenali sebagai Ibu dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Turut serta adalah pengerusi JOMBANTU En. Nafis dan Setiausaha En. Sharul Baha. Syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada lawatan kali ini. Terkini, Yayasan Amanah An-Nur Maisarah sedang mengusahakan ternakan ayam supaya dapat menanggung anak-anak yatim dan juga pada masa yang sama, memberi aktiviti yang berfaedah kepada anak-anak yatim disana. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO
