Pada 7 SEPT 2023 yang lalu, pihak JOMBANTU telah membuat lawatan ke 2 buah rumah anak yatim, 1 sekolah tadika PASTI, 1 Maahad Tahfiz dan 1 sekolah mengaji Al-Quran. Alhamdulillah lawatan telah berjaya dan diterima baik oleh semua pihak. Bersama lawatan tersebut adalah pengerusi JOMBANTU, En. Nafis dan setiausaha En. Sharul. Dalam lawatan tersebut, pihak JOMBANTU menawarkan peluang kepada mereka untuk menyertai kempen-kempen yang dianjurkan oleh JOMBANTU secara percuma, dan juga kami memberi pelbagai jenis tawaran yang boleh diberikan bantuan kepada pihak mereka inshaaAllah . Pihak JOMBANTU ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menerima kami dengan layanan yang sangat baik dan terbuka. Tahniah juga diucapkan kepada badan yang bersetuju untuk menerima tawaran kami dan sekaligus mampu untuk menerima bantuan daripada kempen-kempen yang dijalankan, inshaaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan kami dalam usaha menjayakan misi & visi masing-masing. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO
