LAWATAN KE PUSAT JAGAAN PSIAKATRI JED

Pada 1 MAY 2025 yang lalu, pihak JOMBANTU telah membuat perjumpaan bersama wakil Pusat Jagaan dan Psiakatri Jed Ipoh, dan berjumpa dengan wakil kumpulan mereka dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Berjumpa dengan beliau adalah pengerusi JOMBANTU En. Nafis dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah hadir pada lawatan kali ini. Pusat tersebut memerlukan bantuan kewangan untuk membeli barangan dapur untuk pesakit mereka yang berjumlah 30 oang berusia dari 26-76 tahun.

Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO