LAWATAN KE PUSAT JAGAAN ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN, MANJOI

Pada 13 SEPT 2023 yang lalu, pihak JOMBANTU telah membuat lawatan ke Pusat jagaan anak yatim dan miskin Nurul Iman Manjoi dan berjumpa dengan YDP iaitu Puan Nazlyn Noorain dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Berjumpa dengan beliau adalah pengerusi JOMBANTU En. Nafis dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada lawatan kali ini. Rumah anak yatim yang terletak di Manjoi ini boleh memuatkan seramai 25 orang individu dan mereka juga menjalankan aktiviti memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan kepada anak anak yatim dan miskin secara percuma. Ianya juga ditadbir oleh satu jemaah jawatankuasa yang di anggotai oleh bekas penghuni Rumah Nurul Iman. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO