Pada 17 SEPT 2023 yang lalu, pihak JOMBANTU telah membuat lawatan ke Padang Rengas dan berjumpa dengan En Shahrul Anuar dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Berjumpa dengan beliau adalah setiausaha JOMBANTU En. Sharul Baha beserta 2 orang AJK iaitu En. Razmin dan En. Khairul dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada lawatan kali ini. En Shahrul Anuar (47) adalah seorang pemegang kad OKU. Beliau menghidap penyakit kaki gajah dan ini menyebabkan beliau tidak boleh lagi bekerja dan sekarang berkerusi roda. Isterinya juga beserta 2 orang anak juga merupakan pemegang kad OKU. Dugaan demi dugaan mereka tempoh namun mereka tidak pernah patah semangat. Semoga keluarga Shahrul Anuar sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. InshaaAllah pihak JOMBANTU akan membantu mereka dengan sebaik mungkin. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO
