Pada 3 OKT 2023 yang lalu, pihak JOMBANTU telah membuat lawatan ke Madrasatul Quran Al Muqorribin, Batu Gajah dan berjumpa dengan pengasas iaitu Ustaz Mokhtar dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Berjumpa dengan beliau adalah pengerusi JOMBANTU En. Nafis dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada lawatan kali ini. Sekolah Tahfiz ini berasal dari Masjid lama yang sudah uzur dan tidak lagi digunakan. Keadaanya agak tak stabil dan mereka memerlukan dana kewangan untuk memperbaiki infrastrukturnya supaya ia lebih selesa untuk pelajar tahfiz tersebut. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO
