LAWATAN KE MA’AHAD AD-DEENIAH

Pada 19 SEPT 2023 yang lalu, pihak JOMBANTU telah membuat lawatan ke Ma’ahad Ad-Deeniah Meru dan berjumpa dengan pengasasnya Ustaz Haji Mohammad Farid dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Berjumpa dengan beliau adalah pengerusi JOMBANTU En. Nafis dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada lawatan kali ini. Pihak JOMBANTU dan Ma’ahad telah menandatangani memorundum persetujuan dimana kami berdua bersetuju untuk bekerjasama dimana Ma’ahad membenarkan dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak JOMBANTU untuk menjadi wakil yang membantu mencari dan mengumpul dana dari orang ramai seterusnya memberi kan sumbangan tersebut terus ke Ma’ahad Ad-Deeniah. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO