LAWATAN KE KEMENTERIAN PEMBANGUNAN & KERAJAAN TEMPATAN, PUTRAJAYA

Pada 4 OKT 2023 yang lalu, pihak JOMBANTU telah membuat lawatan ke Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan untuk menghantar permohonan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Bersama lawatan tersebut adalah pengerusi JOMBANTU En. Nafis, Setiausaha En. Sharul Baha dan Bendahari En. Haizul Fakarudin dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada lawatan kali ini. Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar merupakan sebuah kursus yang membantu dan mengajar golongan B40 untuk mempelajari bagaimana untuk memulakan bisnes. Selepas tamat kursus, para peserta akan dibekalkan dengan alat-alatan secara percuma untuk memulakan perniagaan masing-masing. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO