LAWATAN KE 4 TERAS KUALA KANGSAR

Pada 10 SEPT 2023 yang lalu, pihak JOMBANTU telah membuat lawatan ke 4 Teras Kuala Kangsar dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. . Turut serta adalah pengerusi JOMBANTU En. Nafis, Setiausaha En. Sharul Baha dan juga AJK en. Razmin. Syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut hadir juga menunjukkan komitmen serta semangat bepersatuan yang tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada lawatan kali ini. 4 Teras merupakan pusat bekam namun pada masa sama, mereka giat kali aktif dalam membantu golongan yang susah serta memerlukan. Antara aktiviti kebajikan yang mereka lakukan adalah seperti kotak bantuan semasa pandemik dan juga pelbagai jenis bantuan yang lain semasa banjir. Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan segala urusan kita kali ini di dalam usaha menjayakan misi & visi NGO ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO