Pada 4 MEI 2024 yang lalu, pihak JOMBANTU telah hadir ke majlis hari raya jemputan rumah anak yatim Yayasan An-Nur Maisarah dan alhamdulillah ianya telah berlangsung dengan jayanya. Wakil JOMBANTU yang hadir adalah pengerusi En. Nafis, bendahari En. Haizul dan AJK Pn. Ain Suryana dan syukur kepada yang Maha Esa kerana ianya berjaya dilaksanakan secara secara teratur serta mengikut aturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah mereka yang lain turut terlibat juga menunjukkan komitmen serta semangat yang amat tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah hadir pada majlis kali ini. Rumah anak yatim yang terletak di Chemor ini menjalankan aktiviti memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan kepada anak anak yatim dan miskin secara percuma. Semoga mereka semua sentiasa dipermudahkan segala urusan atas usaha mereka yang mulia ini. . JOMBANTU sebagai NGO yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh pelusuk Malaysia secara amnya. Semoga JOMBANTU terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah NGO yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO contoh yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.. #JomBantu #NGO
